Tuesday, September 07, 2004

Siapapun pandai menghayati cinta
Tapi tiada siapa yang pandai menilai
Cinta kerana cinta bukan objek yang
Boleh dilihat oleh mata kasar.
Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik
Melalui hati dan perasaan.
Orang lain tidak akan mungkin memahami hati & cara orang lain bercinta kerana setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri untuk bercinta.
Cinta bagi ku sesuatu yang agung. Biarlah orang kata aku hamba cinta...biarlah orang kata aku obsessi cinta...biarlah orang kata aku buta cinta.....aku rela dikata begitu daripada dikata pendusta cinta....hipokrit cinta...
Aku hidup dalam dunia cinta yang aku cipta. Ya...kita harus berdiri di bumi nyata. namun demikian dunia cinta yang aku cipta merupakan sesuatu yang aku dapat capai......memastikan dunia cinta ciptaan aku menjadi suatu realiti....itulah matlamatku....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home